Saturday 9 February 2013

Susah sangat ke nak memaafkan dan memohon kemaafan?



Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum semua..Hari ni, ana nak kongsi sikit pasal memaafkan dan memohon kemaafan.

"Membelakangkan orang lain itu sifat tamak. Membelakangkan diri sendiri itu maknanya berkorban." Permohonan maaf 'zahir dan batin' sering kita dengar apabila tibanya musim aidilfitri, betul tak kawan-kawan..

Zaman sekarang ni, memohon kemaafan kepada orang lain bagaikan sesuatu perkara yang sangat berat. Semua ni berlaku disebabkan keegoan yang ada pada diri masing-masing. Sedangkan memberi maaf itu adalah sesuatu yang sangat mulia dalam islam.

Sabda Rasulullah S.A.W. : " Wahai Uqbah, mahukah engkau aku memberitahu akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia? Iaitu menyambung silaturrahim dengan orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang tidak mahu tidak pernah memberimu, memaafkan orang yang menzalimi dan menganiayamu. "

Firman Allah : "  Dan bersegeralah kamu kepada keampunan tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang yang menafkahkan (hartanya) baik pada waktu lapang mahupun di waktu sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memeafkan kesalahan orang lain. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. "
(Al-Imran-3:133-134)

Islam mengajar umatnya suka memafkan kesalahan orang lain tanpa menanti orang memohon maaf. Ada kalanya seseorang itu sedar akan kesalahannya. Tetapi seperti yang ana katakan tadi, mereka mempunyai perasaan ego yang sangat tinggi. Apatah lagi jika seseorang itu merasakan kedudukan dirinya lebih tinggi daripada orang yang akan diminta maaf. Contohnya, seorang ketua berasa terhina hendak memohon maaf kepada orang bawahan begitu juga seorang bapa hendak memohon maa daripada anaknya. Astaghfirullahalazim, sampai macam tu sekali mereka fikirkan padahal semua manusia sama sahaja di mata Allah kecuali keimanan dan ketakwaan kita pada Allah sahaja yang membezakan kita di mata Allah. Mungkin, inilah salah satu hikmahnya mengapa Allah SWT memerintahkan kita untuk memberi kemaafan sebelm diminta.

Barangkali, ada diantara kita pernah mendengar kisah bagaimana Rasulullah SAW sanggup memaafkan Zainab binti Al-Haris isteri seorang pemimpin yahudi, walaupun dia telah membubuh racun pada kambing yang dihidangkan kepada Rasulullah. Kalau kita confirm dah saman dah orang tu. Tambah-tambah kalau ahli keluarga kita kita yang kena sampai termakan racun tu, kita ni dah siap kata hukum gantung sampai mati lagi pada orang yang buat tu. Pasai pa kata macam tu? Sebab kalau orang tersebut mati, hukum jugak kena mati. Subhanallah, sampai macam tu sekali.

Memetik sebuah kata-kata mutiara ulama muktabar, Allahyarham Hamka : " Membalas baik dengan jahat adalah perangai serendah-rendahnya. Membalas jahat dengan jahat bukan perikemanusiaan. Membalas baik dengan baik adalah biasa. Tetapi membalas jahat dengan baik adalah cita-cita kemanusiaa setinggi-tingginya."

Kata Lokman Al-Hakim : " Tidaklah dapat kita mengenal orag melainlan pada 3 keadaan, iaitu tidk dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat ketahui orang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika erda dalam kesusahan.

Sebenarnya, muslim yang buru sangka terhadap muslim lain hanya akan mencari-cari kesalahan orang lain. Perkara seperti ini sering berlaku dalam bidang politik. Akhirnya berlakulah perpecahan dan kehilangan kekuatan umat. Siapa yang rugi?? Renungkanlah..
WallahuA'lam..