Monday 25 March 2013

Kasihnya Allah Dengan Kita..

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... Alhamdulillah, hingga ke hari ini Allah masih lagi memberi kita peluang untuk menikmati semua nikmat yang Allah beri atas muka bumi ni. Antaranya, kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas, masih berpeluang menyampaikan dakwah dan yang terutama sekali masih mampu beribadat kepada Allah.

Hari ni, ana nak kongsi sikit pasal cerita kat bawah ni.. :-

Question : 
-Kenapa Alah masih beri kesempatan (masa) kepadaku untuk terus berada di atas muka bumi pada hari ni?

Answer :
- Kerana Allah sayang kepadaku, dan Allah tahu dosa yang aku lakukan terlalu banyak dan sebab itulah Allah masih lagi izinkan (beri masa) aku untuk bertaubat.


Lihatlah para sahabat sekalian, betapa kasihnya Allah pada kita. Dia tidak mahu hambanya memasuki neraka kerana tempat itu sangatlah dasyat. Tetapi bagaimana pula perasaan kasih kita pada yang Maha Esa? Adakah kita juga mengasihinya? Adakah kita mematuhi segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya? Kalau ada, alhamdulillah. Bersyukurlah pada Allah kerana Allah masih lagi bersama dengan kita. Cuba bayangkan bagaimana keadaan kita sekiranya Allah dah tak peduli dah pasal kita, pasti hidup kita tidak tentu arah. Lagipun, Allah ada berfirman dalam surah kedua, ayat ke 152, " Maka ingatlah kepadaku, aku pun akan ingat kepadamu, bersyukurlah kepadaku dan janganlah kamu ingkar kepadaku."



Maksudnya, selagi mana kita ingat Allah, insyaa Allah selagi tu lah Allah akan bersama dengan kita. Tetapi, kita kena faham maksud 'ingat' kat sini ye sahabat... Ingat kat sini maksudnya ingat yang sebenar-benar ingat. Maksudnya, melakukan segala suruhannya dan meinggalkan segala larangannya. Allah juga dah kata, "bersyukurlah kepadaku dan janganlah kamu ingkar kepadaku." Maksudnya, bersyukurlah kepada mereka yang mengingati Allah bilamana Allah mendetikkan hati mereka untuk terus melakukan ibadah, mereka terus bersyukur padanya walaupun dengan hanya sedetik. Contohnya, bila orang ni nak buat dosa, dia automatik akan cakap " Astaghfirullah, aku hampir berbuat dosa ya Allah... Alhamdulillah, terima kasih kerana masih memelihara ku daripada melakukan perbuatan yang mungkar kepadamu Ya ALLAH."

Jadi, ana harap sama-samalah kita improve ourselves to get more better. Ana ni pun, bukannya nak kata tak pernah buat dosa sebab setiap manusia pasti melakukan kesalahan. Lagipun, selagi mana manusia dipanggil manusia, selagi itulah tiada manusia yang sempurna. Jadi, sama-samalah kita saling ingat-mengingatkan. Kalau ada sebarang kekurangan harap ditegur secara baik. Wallahua'lam.