Monday 11 November 2013

" COUPLE IsLAMIk"

Bismillaahirrahmaanirrahiim...

Assalaamualaikum semua... Lama tak jumpa kan. Macam mana dengan iman? Harap - harap konsisten lah kan. Kalau menaik lagi elok. Jangan pulak menurun. Ha, sahabat yang dikasihi Allah sekalian, hari nie, ana anak kongsi pasal "COUPLE ISLAMIK?"

Kawan - kawan ana selalu tanya, "wujud ke couple islamik nhe?". Isu ni sangat popular dekat sekolah ana. Mesti sahabat - sahabat yang lain pun alami benda yang sama jugak kan?

Sebenarnya couple islamik memang tak wujud. Tapi couple dalam islam itu wujud dan ianya dihalalkan sekiranya sudah selesai ijab kabul. Cuma, kebanyakan remaja sekarang salah tafsir dan ada yang tidak tahu apa dan bagaimana couple yang dibolehkan. Sekarang ni, ada dua jenis couple. Satu couple yang diharamkan dan satu lagi couple yang dihalakan.

Couple yang diharamkan lah yang sering berlaku dalam kalangan remaja sekarang. Couple yang haram ni jugaklah menyebabkan maksiat semakin berleluasa. Jika kita renung sejenak, berapa ramai remaja sekarang yang hilang daranya? Berapa ramai bayi yang lahir dan mendapat status sebagai anak haram? Berapa ramai bayi lahir tanpa bapa? Berapa ramai bayi yang bersepah dibuang merata tempat? Paling menyedihkan, berapa ramai orang islam yang terlibat dalam benda - benda yang macam ni? Ini semua berpunca daripada istilah couple yang diharamkan. Kawan - kawan kat sekolah ana selalu cakap " kitorang couple tak dating - dating ", " kitorang couple sms jer..", kitorang couple main calling - calling jer.. tak  pernah jumpe pun..". Ini lah ayat yang biasa diungkapkan oleh mereka.

Sebenarnya, kalau tak jumpa ka, tak dating ka, sms ja ka, tetap haram kalau couple tu berlaku sebelum bernikah. Bila haram, sah - sah lah dapat dosa. Hatta, kalau orang tu couple, sorang duk kat Mesir sorang lagi duduk kat Australia pun tetap haram. Couple yang berlaku dalam Facebook, Twitter or anything else, tetap haram. Ramai jugak sahabat ana tanya, " kenapa pulak haram?". Jawapannya kerana, couple tu mendekati zina dan mendekati zina itu “ Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji, dan itu adalah perbuatan yang buruk” (al-israa' 17 : 32).merupakan perkara yang keji. 

ALLAH S.W.T berfirman, Allah dah bagi tau dah. Tapi, kenapa masih ramai lagi yang buat? Ni semua sebab nafsu. Ada yang cakap nak jadikan GF/BF dy tu sebagai tempat meluah. Tapi, kalau kita meluah pada manusia tambah - tambah lagi bukan mahram kita, bukannya diorang boleh buat apa pun. Kalau kita meluah pada Allah, Insyaa Allah hati kita confirm dan automatik jadi tenang. Allah S.W.T berfirman," iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya   dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"  ( surah Ar-Ra'd  ; 28 ).

Jom pulak tengok couple yang dihalalkan. Couple yang dihalalkan ni lah sangat dituntut ke atas kita supaya tidak bergelumang dengan maksiat. Insyaa Allah maksiat terhindar, dosa pun tak dapat. Couple yang dihalalkan nhe wujud selepas ijab kabul dilaksanakan. Pernah dengar kan, ' No Couple Before Nikah'. Lepas nikah, nak couple ka, dating ka, calling ka walaupun duduk sebelah - sebelah ka, yang sorang duduk hujung sofa belah kiri, sorang lagi duk hujung sofa belah kanan dan sambil - sambil tu calling - calling dah tak dak masalah dah. Nak risau apa, dah sah jadi suami isteri. tak dak yang nak halang dah. Allah lagi tak halang. Couple macam ni lah yang dikatakan couple dalam islam. Saat ni lah sebenarnya nikmat couple tu kita dapat tau.

So, kepada para sahabat yang baru tau pasal ni, pilih lah hala tuju anda sebaiknya.Ingat, menyesal tak guna kalau dah terlanjur. Mohonlah keampunan dengan segera kerana Allah tu Maha pengampun. Allah S.W.T berfirman, “Katakanlah wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas ke atas diri mereka; janganlah kamu berputus harapan dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa-dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al - Zumar : 53)

Mohonlah keampunan pada Allah tanpa putus asa. Insyaa Allah, Allah akan ampunkan dosa hambaNya yang betul - betul memohon keampunan kepadaNya dengan kesungguhan. Sedangkan iblis mintak Allah agar dipanjangkan hayatnya sampai hari akhirat, Allah bagi. Nikan pulak hambanya yang taat akan perintahnya. Insyaa Allah, Allah akan ampunkan hambaNya. Ketahuilah bahawa Allah itu sangat dekat dengan kita. Dekatnya lebih dekat dari urat leher kita. Oleh itu, janganlah sesekali kita merasa bahawa dosa yang kita lakukan dan kita doa pada Allah agar diampunkan Allah tak kan maafkan kerana Allah akan menyahut doa hambaNya jika hambaNya itu menyahut seruanNya.

Jadi sampai sini sahaja, kalau ada salah silap pada artikel ana ni, harap ditegur dengan baik. Apa yang baik datang daripada Allah dan apa yang buruk itu dari Allah jugak, tapi disandarkan pada diri ana sendiri. Apa yang baik harap diambil dan apa yang buruk harap ditinggalkan. Wallahua'lam.